STR Fasa 2 Secara Berperingkat Mulai 5 April

STR Fasa 2: Seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2023) pada 29 Mac 2023 di Dewan Negara, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan kepada awal bulan April 2023 bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

Pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu) seperti berikut.

STR Fasa 2

Penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.

STR Fasa 2 Pembayaran Secara Berperingkat

Penerima STR yang tiada akaun bank juga bolen membuat penunaian Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 5 April 2023.
Dengan pembayaran ini, sejumlah RM2.93 bilion peruntukan STR telah dibayar kepada
golongan B40 pada tahun 2023.

STR Fasa 2 Pembayaran

Kaedah Pembayaran STR Fasa 2:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima/ pasangan
  • Penunaian di kaunter bank BSN

Pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 dan Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada bulan Julai dan November tahun ini dengan mengambil kira permohonan baharu/kemas kini STR yang diterima semasa tempoh permohonan dan pengemaskinian.

Sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 714,918 permohonan baharu dan 2,618,104 permohonan kemas kini telah diterima dan akan melalui proses verifikasi sebelum diluluskan mengikut kategori kelayakan STR.

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Kebawah)

  • Tiada anak – RM1000
  • 1-2 orang anak – RM1500
  • 3-4 orang anak – RM2000
  • 5 orang anak keatas – RM2500

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2501 – RM5000)

  • Tiada anak – RM500
  • 1-2 orang anak – RM750
  • 3-4 orang anak – RM1000
  • 5 orang anak keatas – RM1250

Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)

  • RM600

Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • RM350

Maklumat Lanjut

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 5 April 2023. Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top