KWSP Fasiliti Akaun 2 Cara Mohon & Semakan

KWSP Fasiliti Akaun 2 (FSA2) adalah kemudahan yang bertujuan untuk membantu ahli KWSP atau pencarum KWSP untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Simpanan Akaun 2 boleh digunakan untuk membayar pembiayaan peribadi ini menerusi permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun.

Permohonan pembiayaan peribadi ini boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Sebelum membuat permohonan, ahli perlu membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP.

Permohonan hendaklah dibuat mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan.

KWSP Fasiliti Akaun 2 (FSA2)

KWSP Fasiliti Akaun 2 Syarat-syarat Permohonan

  • Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 50 tahun.
  • Warganegara Malaysia
  • Permohonan adalah sekali sahaja
  • Permohonan tidak boleh dibatalkan setelah diluluskan
  • Permohonan dibuka selama setahun (12 bulan) bermula dari tarikh yang akan diumumkan kelak
  • Amaun minimum sebanyak RM3000 dalam Akaun 2 KWSP
  • Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000
  • Amaun pengeluaran akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran antara usia 50-55 tahun, mengikut pilihan umur pengeluaran ahli
  • Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan institusi perbankan yang dipohon

Cara memohon Pengeluaran Bersyarat

Berikut merupakan cara memohon pengeluaran bersyarat umur 50 atau 55 tahun melalui institusi perbankan.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian. Terdapat 3 langkah utama yang perlu dilakukan oleh ahli:

  • Langkah 1
    • Membuat semakan awal kelayakan dalam Akaun 2 KWSP melalui portal KWSP atau portal perbankan yang mengambil bahagian
  • Langkah 2
    • Membuat permohonan pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dengan institusi perbankan
  • Langkah 3
    • Membuat permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun kepada KWSP melalui portal perbankan, berdasarkan amaun pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan

Sila pastikan perkara berikut untuk kelancaran urusan:

  1. Semak kelayakan awal melalui Akaun 2 KWSP
  2. Buat permohonan melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian
  3. Daftar dan aktifkan i-Akaun di Self-service Terminal di cawangan KWSP atau kiosk di UTC berdekatan untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) bagi tujuan semakan kelayakan

Tarikh Semakan Kelayakan

Bermula 5 April 2023, ahli boleh melawat https://fsa2.kwsp.gov.my untuk menyemak kelayakan dan soalan-soalan lazim berserta jawapan berkenaan fasiliti ini.

Ahli juga perlu mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit melalui Self-Service Terminal di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan penerimaan Transaction Authorisation Code (TAC) untuk pengesahan identiti ketika membuat transaksi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Fasiliti Sokongan Akaun 2, ahli boleh merujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000.

Untuk Artikel Penuh boleh dibaca disini.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

2 thoughts on “KWSP Fasiliti Akaun 2 Cara Mohon & Semakan”

Comments are closed.

Scroll to Top