Bantuan 1 Keluarga RM1500 Untuk Golongan B40

Bantuan 1 Keluarga RM1500 adalah bantuan yang diberikan dalam Sumbangan Tunai Rahmah bagi kategori isi rumah berpendapatan kurang dari RM2500 sebulan dan mempunyai 1 hingga 2 orang anak.

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu supaya pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 diagihkan awal bulan depan sebelum sambutan Aidilfitri.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah meminta Kementerian Kewangan dan agensi berkaitan untuk menyegerakan perkara itu bagi memastikan golongan yang memerlukan, menerima bantuan berkenaan.

“Seperti yang disebutkan, STR fasa 1 sudah diedarkan dan sampai kepada rakyat yang berjumlah RM1.6 bilion, itu pada bulan Januari lalu.

“Saya sudah memberitahu Kementerian Kewangan dan agensi terbabit supaya meringankan mereka (golongan memerlukan) dengan bantuan STR fasa 2 yang harus diselesaikan pada pertengahan Ramadan atau awal April sebelum raya.

Sumber : harianmetro

Bantuan 1 keluarga RM1500

BANTUAN 1 KELUARGA RM1500

Berikut adalah kategori penerima bantuan 1 keluarga berjumlah RM1500 :

  • Kategori Isi Rumah – (<RM2500) yang mempunyai anak 1-2 orang.

JUMLAH BAYARAN STR 2023

Berikut adalah kadar dan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023. Sila rujuk jadual dibawah :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 Kebawah)

  • Tiada anak – RM1000
  • 1-2 orang anak – RM1500
  • 3-4 orang anak – RM2000
  • 5 orang anak keatas – RM2500

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2501 – RM5000)

  • Tiada anak – RM500
  • 1-2 orang anak – RM750
  • 3-4 orang anak – RM1000
  • 5 orang anak keatas – RM1250

Warga Emas/Tiada Pasangan (Pendapatan RM5000 kebawah)

  • RM600

Bujang (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • RM350

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

Untuk mengetahui tentang cara kemaskini STR fasa 2 boleh klik lini SINI

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top