Bantuan Zakat, Bantuan Kewangan Bulanan : Mohon sekarang

Bantuan Zakat dan Bantuan Kewangan Bulanan di bawah Skim Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Terdapat pelbagai bantuan yang boleh dimohon oleh golongan asnaf yang menetap di wilayah persekutuan.

Bantuan Ramadhan sebanyak RM500 telah disalurkan kepada penerima golongan asnaf bermula 27 Mac 2023.

Bantuan zakat maiwp bantuan ramadhan 1444h

Bantuan Ramadhan ini disalurkan dan dilaksanakan secara berperingkat bermula 27 Mac 2023.

Sedikit informasi dari pihak Mynewskini kongsikan berikut mengenai pelbagai jenis bantuan yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Bantuan Zakat MAIWP

Bantuan zakat ini adalah satu bantuan kewangan secara bulanan yang diberikan kepada goolongan Asnaf bagi setiap negeri persekutuan di Malaysia.

Berikut adalah jenis bantuan Pembangunan Asnaf:

  • Bantuan Kewangan Bulanan
  • Bantuan Aidilfitri
  • Bantuan Khairat Asnaf
  • Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  • Bantuan Perubatan (Hemodialisis, Peralatan Kesihatan,AM dan Khas kanak-kanak OKU)
  • Bantuan Guaman Syarie
  • Bantuan Perkahwinan
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Musibah
  • Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri

Untuk jenis bantuan lain anda boleh layari di https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/bz

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

MUAT TURUN BORANG DAN SENARAI SEMAK

1. Borang Bantuan Umum

2. Senarai Semak

Pembangunan Asnaf

Perlindungan

Ekonomi

Pendidikan

Pembangunan Ummah

  • Skim bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan
  • Skim bantuan Institusi Tahfiz

** Diwajibkan muatturun untuk borang di no. 1 dan pilih mana-mana senarai semak yang berkaitan di no. 2.

CARA MOHON

Kepada anda yang ingin memohon bantuan ini, sila layari portal rasmi MAIWP iaitu https://www.maiwp.gov.my/ untuk tahu lebih terperinci cara memohon bantuan ini atau datang ke pejabat Baitulmal MAIWP.

Pejabat-pejabat Baitulmal MAIWP boleh dilihat di lini SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari infomarsi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

1 thought on “Bantuan Zakat, Bantuan Kewangan Bulanan : Mohon sekarang”

Comments are closed.

Scroll to Top