Skip to content

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Setiap Bulan. Mohon Sekarang

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 setiap bulan di bawah JHEV. Bagi golongan yang berkelayakan boleh memohon bantuan yang diperuntukkan oleh kerajaan ini.

Terdapat pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat yang memerlukan sama ada bersyarat dan sebagainya.

Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.

Antaranya adalah apabila pihak Kerajaan memperkenalkan sebuah inisiatif kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH):

Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Sebulan

Bantuan Sara Hidup atau BSH ini adalah sebuah bantuan kewagan sebanyak RM300 yang dikreditkan setiap bulan kepada mereka berkelayakan.

Bantuan ini dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) dan diberikan kepada Veteran ATM dengan tujuan untuk meringankan beban sara hidup harian veteran ATM yang menepati syarat-syarat kelayakan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Veteran ATM
    • Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia;
    • Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak;
    • Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
  • Had umur yang layak dipertimbangkan BSH adalah 60 tahun keatas dengan pendapatan bulanan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
  • Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib;
  • Balu yang berkahwin semula tidak layak;
  • Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur;
  • Faktor kesihatan atau penyakit yang menghalang pekerjaan (dengan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan), bilangan anak yang bersekolah atau melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh dipertimbangkan pemberian BSH.

Kadar bantuan

RM300 sebulan

Cara Memohon

Untuk mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonan BSH ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara lengkap.

Borang berkenaan boleh diisi oleh pemohon sendiri atau warisnya. Sila pastikan semua keterangan dan butiran yang diberikan adalah tepat, betul dan benar.

Ia kemudiannya perlu dihantar ke Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Skim Bantuan Kebajikan JHEV.BK.2019 Muat Turun
  • Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar.  Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
  • Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
  • Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
  • Semakan status permohonan boleh dibuat di:
    Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV.

Untuk maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dan borang permohonan, ia boleh didapati – DI SINI.

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

6 thoughts on “Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 Setiap Bulan. Mohon Sekarang”

  1. Perlu bantuan menyiapkan sebuah teratak untuk berteduh , sudah 60 thn tanpa pendapatan ,sebatang kara , mempunyai penyakit 3 serangkai setiap 3 bulan perlu rawatan susulan. Terima kaseh

Comments are closed.