E-Dompet 2023 Bantuan Percuma RM200

E-Dompet 2023 ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa bantuan elektronik (e-dompet) akan diperluaskan kepada semua mahasiswa dalam golongan B40.

Berikut adalah sedikit perkongsian tentang E-Dompet 2023 tersebut. E-Dompet ini khas untuk golongan belia dan ianya hanya boleh ditebus melalui aplikasi tanpa tunai seperti Touch N Go.

E-DOMPET 2023

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

SYARAT KELAYAKAN

Berikur adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia sahaja
  • Warganegara Malaysia

CARA UNTUK MELAKUKAN PENEBUSAN

Cara penebusan bantuan adalah sama seperti tahun 2021 dan 2022 lepas, anda perlu memuat turun satu daripada empat aplikasi di bawah

  • ShopeePay
  • BigPay
  • Touch N Go eWallet
  • GrabPay

Sila sahkan butiran anda dengan memuat naik butiran Kad Pengenalan yang sah.

E-dompet 2023
Boleh lihat sini https://shopee.com.my/m/ebelia-claim

TARIKH BAYARAN BANTUAN E-DOMPET 2023

Tarikh bayaran bagi bantuan khas ini belum diumumkan setakat ini. Dijangkakan bayaran bakal dilaksanakan pada April ini seperti tahun-tahun sebelumnya.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan e-dompet ini, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Sila layari laman rasmi Bajet 2023 – DI SINI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

23 thoughts on “E-Dompet 2023 Bantuan Percuma RM200”

  1. noor amira binti mohamad noor

    saya nk minta tlong e wallet saya perlukn duit untuk bersalin…😞🤲

Comments are closed.

Scroll to Top