SKIM PERUBATAN MADANI UNTUK B40

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-kes Akut).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan mengenai Skim Perubatan Madani pada pembentangan Bajet 2023, sebagai salah satu inisiatif daripada Kerajaan untuk menangani isu-isu kesesakan pesakit di Hospital Kerajaan.

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM120 juta untuk Skim Perubatan Madani untuk menolong dan membantu golongan-golongan B40 untuk mendapatkan rawatan perubatan mereka.

Skim Perubatan Madani

Secara dasar, di bawah skim tersebut, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan tanggungan boleh mendapatkan rawatan secara percuma di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI bagi mengurangkan beban kos rawatan kesihatan di samping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di daerah Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).

Skim Perubatan MADANI memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama di antara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut Rawatan pesakit luar kes-kes akut merangkumi:

  • Demam dan selsema
  • Cirit-birit dan muntah
  • Terseliuh
  • Sakit kepala
  • Trauma ringan seperti luka ringan dan lain-lain

Rawatan yang tidak termasuk adalah:

  • Imunisasi rutin
  • Saringan kesihatan
  • Rawatan susulan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) rutin
  • Rawatan susulan ibu dan anak rutin
  • Perancangan keluarga rutin
  • Perkhidmatan rehabilitasi
  • Permintaan ubat tanpa konsultasi doktor
  • Permintaan suplemen

Skim Perubatan MADANI ditawarkan secara automatik untuk kemudahan golongan yang berkelayakan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga 31 Disember 2023, mengikut kategori berikut:

  • RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga
  • RM125 bagi warga emas tanpa pasangan
  • RM75 bagi bujang

DAERAH YANG TERLIBAT DENGAN SKIM PERUBATAN MADANI FASA 2

Berikut merupakan daerah-daerah yang terlibat dengan Skim Perubatan Madani Fasa 2:

  • Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (TERENGGANU)
  • Kota Setar dan Kuala Muda (KEDAH)

Skim Perubatan MADANI Fasa 2 turut disasarkan di tujuh daerah lain bermula MINGGU KEEMPAT OGOS 2023, melibatkan:

  • Perlis
  • Kota Bharu dan Pasir Mas (KELANTAN)
  • Kuantan (PAHANG)
  • Melaka Tengah (MELAKA)
  • Seremban (NEGERI SEMBILAN)
  • Seberang Perai Tengah (PULAU PINANG)

SYARAT KELAYAKAN

  • Syarat kelayakan:
    1. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar bagi kategori berkeluarga, warga emas (tanpa pasangan) dan bujang
    2. Kelayakan adalah secara automatik
    3. Mereka yang layak WAJIB membuat pengisytiharan bahawa mereka TIDAK menerima mana-mana manfaat yang sama atau serupa seperti skim ini daripada mana-mana skim majikan/kerajaan negeri/agensi perubatan lain

CARA MEMOHON

  • Langkah 1
    Semak kelayakan anda di laman sini
  • Langkah 2
    Hadir ke mana-mana General Practitioner (GP) yang berdaftar dengan Skim Perubatan MADANI (boleh dikenalpasti dengan pelekat Skim Perubatan MADANI) dengan membawa kad pengenalan
  • Langkah 3
    Jika anda layak, anda boleh dapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut secara percuma
  • Langkah 4
    Had manfaat Skim Perubatan MADANI anda akan ditolak selepas anda selesai mendapatkan rawatan. Manfaat Skim Perubatan MADANI adalah tertakluk kepada Terma & Syarat oleh pihak ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. seperti yang dinyatakan di laman sesawang

MANFAAT

Manfaat Skim ini ialah penerima yang layak boleh menerima Rawatan Penjagaan Kesihatan Primer Akut secara PERCUMA di Klinik-klinik Perubatan Swasta yang berdaftar di bawah Skim Perubatan MADANI.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim Skim Perubatan MADANI

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

Scroll to Top