Tarikh Kredit E-Tunai RM100 Dewasa Akan Dikreditkan

Bantuan e-Tunai RM100 dewasa adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan Kerajaan Perpaduan untuk golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 ke bawah.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan bantuan e-wallet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk golongan belia dan mahasiswa bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.

Bantuan ini tidak diberikan secara tunai akan tetapi diberikan secara kredit elektronik wallet melalui beberapa penyedia perkhidmatan e-dompet terkemuka yang akan diumumkan kelak.

TARIKH KREDIT E-TUNAI RM100 DIAGIH

Kementerian Kewangan memaklumkan, ia akan dilaksanakan pada suku keempat tahun ini.

Tarikh Kredit Etunai RM100 Dewasa Akan Diagih

Suku Keempat 2023?

Suku keempat 2023 bermula pada 1 Oktober 2023 dan berakhir pada 31 Disember 2023. Suku keempat adalah tempoh tiga bulan yang terakhir dalam tahun kalendar. Ia biasanya digunakan sebagai ukuran prestasi ekonomi, perniagaan, dan kewangan.

Suku tahunan merupakan kuartal suku (seperempat) tahun iaitu jangka waktu tiga bulan;

  • Suku pertama – Januari hingga Mac
  • Suku kedua – April hingga Jun
  • Suku ketiga – Julai hingga September
  • Suku keempat – Oktober hingga Disember

Syarat E-tunai RM100

Untuk layak mendapat kredit e-tunai RM100, anda perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  • Anda adalah warganegara Malaysia
  • Anda berusia 21 tahun ke atas
  • Anda berpendapatan tahunan RM100,000 ke bawah (B40 & M40)
Tarikh E-Tunai RM100

Cara Tebus Bagaimana?

Aplikasi dompet digital yang terlibat belum diumumkan secara rasmi, namun seperti e-tunai sebelum ini seperti eBelia Rahmah melibatkan aplikasi seperti Shopee, Touch n Go, Boost, dan lain-lain.

Maklumat Lanjut

Info dan maklumat lanjut inisiatif ini akan diumumkan melalui;

PENAFIAN

Pihak Mynewskini bukanlah dari mana-mana agensi kerajaan dan tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan.
Pihak Mynewskini hanya berkongsi maklumat kepada pembaca dan pencari informasi yang berkaitan dengan bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan.
Harap maklum. Terima Kasih.

30 thoughts on “Tarikh Kredit E-Tunai RM100 Dewasa Akan Dikreditkan”

Comments are closed.

Scroll to Top